Sunday, June 7, 2009

Muda Mudi

Lokasi : KFC federal
Pengiring : Fuad dan Jojo
Alasan : Lepak sampai subuh


Sungguh menarik hari-hari yang ku lalui sekarang. Setelah berhempas pulas menjawap test Managerial economy siang tadi. Sekarang masanya berlibur untuk seketika. Malam tadi baru menghabiskan masa bersama Corner Lot panggilan yang di beri kepada rumah sewa ku. Terasa gembira kerana ahli rumah semua pergi untuk makan malam serta berkaraoke di Pelaga Seksyen 13. Tetapi, serba kekurangan sebab kawan terbaik tidak dapat ikut serta. Balik Bukit Jalil katanya. Ntah lah..Betul atau tidak. Hanya tuhan yang tahu. :)

Berlibur di Pelaga ( restoran yang menyediakan karaoqe percuma ). Ingatkan dapat mengumpulkan semua kawan-kawan..Namun, hanya berapa kerat sahaja yang sanggup untuk sertai rombongan cik kiah ke Pelaga. Mintak maaf kepada Qaseh kerana lambat memberitahu mu. Antara kawan-kawan yang ikutan liburan.
  1. Wen
  2. Wesley
  3. Yasmin
  4. Shi Shi Teng
  5. Fuad
  6. Jojo Are JaJa
Paling menyeronokkan apabila shi shi teng dan wen mendendangkan lagu di Pelaga! Shi shi teng mencuri tumpuan dengan membawakan lagu "Dia" yang pernah di popularkan oleh Fauziah Latif. Manakala, Wen pula buat pertama kali beranikan diri menyayi di khalayak ramai. Wen menyayikan lagu "Penantian" lagu lama dari Febians!. Selama wen menyayi! Aku dapat perhatikan yang wen menyayi seiras dengan cara nyayian wes! Mungkin wen berguru dengan wes cara untuk menjaga pernafasan ketika mendendangkan lagu. Tepat pukul 2am! Kami semua pulang ke rumah masing-masing.

Wuaaa!! Ingatkan sampai di rumah boleh la aku merehatkan diri. Rupanya Fuad dan Jojo ajak lepak di KFC pula. Aku apa lagi! KFC tu! tidak boleh menolak. Lagipon si dia pun sudah makan KFC arini. Siap mengambil gambar dan dengan bangganya menayang di blog! Aku mana boleh kalah! Mesti pergi juga..Lalu aku mengiakan saja ajakan fuad serta jojo. mungkin sampai ke subuh lepak di KFC ini.


Aku benci KFC!! Kenapa KFC tukar resepi! Kenapa!!
Aku sebagai peminat setia KFC! Rasa macam hendak buat bantahan!
Menu baru KFC ayam spicy bertukar kepada Fiery Crunch! Damn!
Gile tidak menjilat jari! Rasa semacam saja bile menjamah Fiery Crunch.
Buat pertama kali. Aku rasa hampa serta keciwa! Tidak sabar menunggu kawan dari Bukit Jalil pulang. Aku hendak bertukar pendapat tentangnya mengenai resepi KFC yang baru ini.



** Dengan berlatabelakangkan " The Fray - How to save a life".





2 comments:

  1. sdp al yg bru 2..
    pds kot..
    hahaha..

    ReplyDelete
  2. mane ada sedap..
    man..ko lagi nak lawan pgemar kfc tegar mcm ak ni..
    haha

    ReplyDelete