Monday, June 8, 2009

Enak Tenan!

Terlalu Gembira.
Usah lah aku terangkan tajuk entri ini. Hanya orang yang menonton siaran indonesia seperti RCTI dan SCTV sahaja yang mengetahui maksudnya. Tajuk entri berbahasa indonesia sedikit. Tapi, abaikan! Bukan pasal tajuk entri yang aku mahu berkongsi di sini. :)

Intisari cerita

Jenis kenderaan : Inokom Atos 1.1 Hijau
Kapasiti penumpang : Aku dan Wesley
Peralatan tambahan : Smart Tag ( tidak perlu berbaris )
Duit dalam poket : RM7.50

Lewat petang tadi, seperti hari-hari ahad sebelum ini! Masa untuk berkongsi masa serta bersama rakan-rakan. Berjoli lagi! Bersukaria lagi! Berlibur dengan kawan-kawan terdekat sahaja.!! Petang tadi terlalu indah kerana aku berjaya memenangi hadiah sempena Movie Fest di Sunway Pyramid! Atas bantuan afas fahmi dapatlah aku hadiah tersebut! Yeah!! Aku masih tiada masa lagi untuk memaparkan gambar kenangan semasa aku menerima hadiah itu.. Nanti sahaja aku kongsi memori indah itu di sini!.

Rakan-rakan yang turut menikmati petang tadi:
  1. Aen
  2. Jojo
  3. Afas fahmi
  4. Fuad
  5. Shi Shi teng
Selepas membuang masa di sunway! Aku dan wesley terpaksa berkejar ke LCCT! untuk menunggu ketibaan Kakak wesley yang baru pulang dari Brunei! Aku pergi ke LCCT tanpa sebarang sen! Tiada ringgit di dalam poket! Atas sebab tiada duit juga lah aku tidak dapat berhibur di Arked Sunway.! Seperti biasa, aku akan menghabiskan duit dengan bermain "Daytona" tetapi, malangnya! Semua ATM di sunway tidak dapat mengakses kad pintar aku! Celaka sangat!. Ha! setelah itu aku cuba lagi mengakses kad pintarku di LCCT! Bagai di timpa tangga! Masalah ATM masih menghantui aku! Wuaa..!! Semakin risau aku dengan tiada ringgit di genggaman! Nasib baik lah wes belanja minum di LCCT. Jika tidak, haus sampai esok lah aku ni.

Kakak wes di jangka sampai pada 11.05pm! tetapi, 11.30pm baru keluar dari balai ketibaan! terlalu penat menunggu dari pukul 9.35pm! Kami terus pulang ke Shah Alam dan menikmati jamuan lewat malam di sempeneh!. Nasib baik lah kakak wes belanja! Kenyang juga aku untuk malam ini. Uwaaa!! tidak perlu lah berkongsi segalanya di dalam blog ini. Nanti bila korang nak tahu! korang tanya sahaja aku! akan ku ceritakan dari A hinggalah ke Z.:)


Esok Kelas!
Kelas Esok!
Kelas Lagi!
Lagi-lagi kelas!
Macam tidak puas berehat!
Rasa baru semalam pergi kelas.
Esok terpaksa menjengah kelas lagi untuk menimba ilmu.

Sudahlah!
Aku da penat!
Aku da letih!
Aku da tiada idea nak meneruskan contengan gila ini.
Baik aku beradu!

** tiada gambar untuk di upload! Hp 1100 aku tiada camera! Terpaksa menunggu gambar dari Wesley**


No comments:

Post a Comment