Friday, November 13, 2009

Gegar!

Mahu gegar kembali.
Cemburu dengan blog orang lain yang selalu ada perubahan.
Nanti lah.
Bila aku ada masa.
akan aku coretkan segalanya di sini.


Friday, June 12, 2009

00:01 apa ertinya


Tiada benda nak buat.
Tiada benda nak di cakapkan.
Baik aku berkongsi sesuatu di sini.

Aku jumpa lagu ni kat youtube.
Bila aku hayati.
Dalam maksudnya.
Terlalu asyik dengan lirik dan melodi..
tolong..sesiapa saja terangkan lagu ini kepada ku..
Aku masih samar-samar..
Lirik nya aku tidak berapa paham..
Video klipnya pun aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena.
Entahlah..




ST12 - Kebesaranmu


* tidak perlu la aku sertakan lirik lagu. Usha saja dalam video ini..Siap boleh berkaraoqe donk! *


Nanti Aku pikir

Hey!!
Ingin menari-nari di atas keyboard tersayang aku di johor. Tapi, kali ini menari dengan lebih perlahan serta rentak yang kurang meyenangkan. Semuanya disebabkan kejadian petang semalam. Kejadian yang tidak ku sangka. Aku ingat kejayaan yang menjelma. Rupanya bala bertimpa-timpa hingga ke saat ini.

AH! Pedulikan apa yang telah terjadi. Hidup mesti di teruskan. Walaupun banyak rintangan dan dugaan yang akan aku tempuh untuk 6 bulan akan datang ini. AKu redha! Semuanya berpunca dari aku sendiri. Malas! Sambil Lewa! Ambil Mudah! Bongkak! Takbur! Nista! Dusta! Semua ada dalam hidup aku sebelum ini. Penah kawan menasihatiku..


" Jangan terlalu ambil mudah..Biarkan kita susah dahulu..senang kemudian"

Tersentak aku bila mengingatkan ayat-ayat itu..
Macam di tembak dengan senapang gajah tepat ke muka!
Sekarang! Aku kena terima segalanya.
Tidak boleh beralah..
Tidak boleh bersedih..
Tidak boleh menyalahkan sesiapa..
Semuanya Adalah dari AKU!!
Dari AKU sendiri!
Sudah lah.. Malas bercerita tentang diri sendiri.
yang tidak membawa sebarang erti sekarang ini..


Tahniah kepada semua kawan-kawan ku yang berjaya di medan peperangan..
Semuanya boleh melompat tinggi..
Tapi..Jangan la lupakan kawan yang hampir terjatuh kerana tersepak kaki sendiri.
Kita akan pergi meneruskan peperangan ini sekali lagi..
Harap!! Kita akan sama-sama meraikan kejayaan bersama..
Aku tidak mahu ketinggalan.
Aku tidak mahu jatuh lagi..
Aku tidak mahu terjelepuk sendirian..


*** lamunan terhenti..dan terus berhenti...henti..***





Monday, June 8, 2009

Enak Tenan!

Terlalu Gembira.
Usah lah aku terangkan tajuk entri ini. Hanya orang yang menonton siaran indonesia seperti RCTI dan SCTV sahaja yang mengetahui maksudnya. Tajuk entri berbahasa indonesia sedikit. Tapi, abaikan! Bukan pasal tajuk entri yang aku mahu berkongsi di sini. :)

Intisari cerita

Jenis kenderaan : Inokom Atos 1.1 Hijau
Kapasiti penumpang : Aku dan Wesley
Peralatan tambahan : Smart Tag ( tidak perlu berbaris )
Duit dalam poket : RM7.50

Lewat petang tadi, seperti hari-hari ahad sebelum ini! Masa untuk berkongsi masa serta bersama rakan-rakan. Berjoli lagi! Bersukaria lagi! Berlibur dengan kawan-kawan terdekat sahaja.!! Petang tadi terlalu indah kerana aku berjaya memenangi hadiah sempena Movie Fest di Sunway Pyramid! Atas bantuan afas fahmi dapatlah aku hadiah tersebut! Yeah!! Aku masih tiada masa lagi untuk memaparkan gambar kenangan semasa aku menerima hadiah itu.. Nanti sahaja aku kongsi memori indah itu di sini!.

Rakan-rakan yang turut menikmati petang tadi:
  1. Aen
  2. Jojo
  3. Afas fahmi
  4. Fuad
  5. Shi Shi teng
Selepas membuang masa di sunway! Aku dan wesley terpaksa berkejar ke LCCT! untuk menunggu ketibaan Kakak wesley yang baru pulang dari Brunei! Aku pergi ke LCCT tanpa sebarang sen! Tiada ringgit di dalam poket! Atas sebab tiada duit juga lah aku tidak dapat berhibur di Arked Sunway.! Seperti biasa, aku akan menghabiskan duit dengan bermain "Daytona" tetapi, malangnya! Semua ATM di sunway tidak dapat mengakses kad pintar aku! Celaka sangat!. Ha! setelah itu aku cuba lagi mengakses kad pintarku di LCCT! Bagai di timpa tangga! Masalah ATM masih menghantui aku! Wuaa..!! Semakin risau aku dengan tiada ringgit di genggaman! Nasib baik lah wes belanja minum di LCCT. Jika tidak, haus sampai esok lah aku ni.

Kakak wes di jangka sampai pada 11.05pm! tetapi, 11.30pm baru keluar dari balai ketibaan! terlalu penat menunggu dari pukul 9.35pm! Kami terus pulang ke Shah Alam dan menikmati jamuan lewat malam di sempeneh!. Nasib baik lah kakak wes belanja! Kenyang juga aku untuk malam ini. Uwaaa!! tidak perlu lah berkongsi segalanya di dalam blog ini. Nanti bila korang nak tahu! korang tanya sahaja aku! akan ku ceritakan dari A hinggalah ke Z.:)


Esok Kelas!
Kelas Esok!
Kelas Lagi!
Lagi-lagi kelas!
Macam tidak puas berehat!
Rasa baru semalam pergi kelas.
Esok terpaksa menjengah kelas lagi untuk menimba ilmu.

Sudahlah!
Aku da penat!
Aku da letih!
Aku da tiada idea nak meneruskan contengan gila ini.
Baik aku beradu!

** tiada gambar untuk di upload! Hp 1100 aku tiada camera! Terpaksa menunggu gambar dari Wesley**


Sunday, June 7, 2009

Muda Mudi

Lokasi : KFC federal
Pengiring : Fuad dan Jojo
Alasan : Lepak sampai subuh


Sungguh menarik hari-hari yang ku lalui sekarang. Setelah berhempas pulas menjawap test Managerial economy siang tadi. Sekarang masanya berlibur untuk seketika. Malam tadi baru menghabiskan masa bersama Corner Lot panggilan yang di beri kepada rumah sewa ku. Terasa gembira kerana ahli rumah semua pergi untuk makan malam serta berkaraoke di Pelaga Seksyen 13. Tetapi, serba kekurangan sebab kawan terbaik tidak dapat ikut serta. Balik Bukit Jalil katanya. Ntah lah..Betul atau tidak. Hanya tuhan yang tahu. :)

Berlibur di Pelaga ( restoran yang menyediakan karaoqe percuma ). Ingatkan dapat mengumpulkan semua kawan-kawan..Namun, hanya berapa kerat sahaja yang sanggup untuk sertai rombongan cik kiah ke Pelaga. Mintak maaf kepada Qaseh kerana lambat memberitahu mu. Antara kawan-kawan yang ikutan liburan.
  1. Wen
  2. Wesley
  3. Yasmin
  4. Shi Shi Teng
  5. Fuad
  6. Jojo Are JaJa
Paling menyeronokkan apabila shi shi teng dan wen mendendangkan lagu di Pelaga! Shi shi teng mencuri tumpuan dengan membawakan lagu "Dia" yang pernah di popularkan oleh Fauziah Latif. Manakala, Wen pula buat pertama kali beranikan diri menyayi di khalayak ramai. Wen menyayikan lagu "Penantian" lagu lama dari Febians!. Selama wen menyayi! Aku dapat perhatikan yang wen menyayi seiras dengan cara nyayian wes! Mungkin wen berguru dengan wes cara untuk menjaga pernafasan ketika mendendangkan lagu. Tepat pukul 2am! Kami semua pulang ke rumah masing-masing.

Wuaaa!! Ingatkan sampai di rumah boleh la aku merehatkan diri. Rupanya Fuad dan Jojo ajak lepak di KFC pula. Aku apa lagi! KFC tu! tidak boleh menolak. Lagipon si dia pun sudah makan KFC arini. Siap mengambil gambar dan dengan bangganya menayang di blog! Aku mana boleh kalah! Mesti pergi juga..Lalu aku mengiakan saja ajakan fuad serta jojo. mungkin sampai ke subuh lepak di KFC ini.


Aku benci KFC!! Kenapa KFC tukar resepi! Kenapa!!
Aku sebagai peminat setia KFC! Rasa macam hendak buat bantahan!
Menu baru KFC ayam spicy bertukar kepada Fiery Crunch! Damn!
Gile tidak menjilat jari! Rasa semacam saja bile menjamah Fiery Crunch.
Buat pertama kali. Aku rasa hampa serta keciwa! Tidak sabar menunggu kawan dari Bukit Jalil pulang. Aku hendak bertukar pendapat tentangnya mengenai resepi KFC yang baru ini.



** Dengan berlatabelakangkan " The Fray - How to save a life".





Saturday, June 6, 2009

Hilang.

Wah! kecian blog aku ni..Macam sudah tiada penjaga..Tanpa sebarang entri baru..Baik aku mengambil masa yang mencemburui aku ni dengan menconteng sesuatu! Sekarang..Aku sedang mengulangkaji untuk menjawap soalan-soalan mencabar esok. Aku tak belajar apa-apa lagi ni..Rasa macam malas sgt nak belajar..Xder mood! Xder Semangat! Xder air!

Air??
Owh! Sudah semestinya aku sedang kehausan sekarang..Rumah sewa aku sekarang xda air..Bukan air untk buat mandian..Tetapi..untk minum!! Semuanya malas nak masak air termasuk aku..Hanya tunggu seseorang yang rajin membuat air! Selepas tu..baru lah aku dapat menghilangkan rasa haus ini..kalau tidak! memang sampai esok la menahan kehausan yang teramat sangat ni!




Hendak cerita balik pasal kuliah serta ujian yang akan aku amek sok. Kuliah minggu ini terlalu padat! Dari isnin membawa ke sabtu..Semuanya di penuhi dengan kelas! tiada waktu untuk berehat walaupun setiap petang aku menghabiskan masa dengan tidur!! :)..Hari Ahad sahaja akan berehat seketika sebelum memulakan kembali kuliah pada isnin akan datang..




Lagrarian
Demand Analysis
Derive equation
t-Test
Regression
Elasticity
Demand!


Cis! Perkataan yang aku sedang hadap sekarang! Terlalu banyak untuk di ingat!! Tolong! Adakah aku mampu untuk menjawap segala soalan esok..Semoga aku boleh menjawap dengan penuh keyakinan esok.Walaupun sudah belajar dahulu. Tetapi masih tidak dapat kuasai dengan sempurna. Terlalu bebal ke aku ini? paling penting~! Aku memg seorang yang pemalas..

Sudahlah.
Baik aku sambung mengulangkaji. Harap aku tidak tertidur dengan nota-nota bersepah ini. Melayan hati dan fikiran di sini sampai tua la aku tidak pandai.

*** ucapan terima kasih pada si gemuk bulu kerana membuat air untuk aku***



Thursday, June 4, 2009

Panas!

Lokasi : Shah Alam
Masa : Bulan April hingga sekarang


Pagi

Petang

Siang


Malam

Tengahari

Dinihari

Subuh



Berdasar perkara serta perkataan yang tertera di atas..Adalah di maklumkan bahawa..Shah Alam ialah daerah panas..Bukan panas kerana ada kes orang minyak..mahupun kes kebakaran rumah..Tetapi! cuaca yang begitu panas! Hujan yang turun pun tidak penuh satu baldi..Aku da lupa cara menyukat hujan..Dulu ada belajar rasanya..LUPA!!


Dalam waktu yang serba panas ni..Ada juga ajakan mengaibkan dari kawan-kawan..Mengajak pergi berenang di kolam yang terdekat! Tetapi..Dengan bangganya aku menolak mentah-mentah..Bukan aku tidak pandai berenang..hanya kurang mahir sahaja..Lagipun aku malu untuk bersemuka dengan kaum sejenis dengan berpakaian ala-ala baywatch! Apa tak nya. sudah la susuk badan ini tidak berapa cantik serta menarik. Kalau rupa badan aku ni macam sagi kalev!! Boleh jugak aku mengiakan ajakan kawan-kawan..Bangga sikit menayang apa yang ada..Tetapi! aku tiada semua itu!..


Masalah paling besar! tiba sahaja waktu malam! Shah Alam Bandar Anggerik ini masih membara!! Panas juga!! Adakah Dia sedang menguji umat-umatnya..Agar lebih bersyukur dengan segala dugaan ini. Sukar untuk melelapkan mata dengan keadaan panas mengila ini!


Tidur sambil berpeluh!
Tidur sambil basah tilam vonno!

Tidur sambil kipas berputar di tahap maksimum!

Tidur sambil berbuka segala!


Uwaaa..Cepatlah Masa berlalu.. Hendak pulang ke johor.. Di johor rasanya masih sejuk.. Pokok-pokok masih tumbuh menghijau.. Shah Alam kena tempias pemanasan global.. Aku mahu habiskan pengajian aku di sini seberapa segera!
Cepat!
Cepat!

Cepat!

Cepat la abiskan entri ini!! :)