Wednesday, June 3, 2009

Level Bawahan a.k.a Budak Ingusan





Sesuai benar dengan entri yang baru ini..
Terlalu ingusan..Sampai kan hingus sendiri yang terpalit kat hidung tidak pandai untk menghilangknnya..
masih samar-samar dalam mencoret di sini..

Adakah bertujuan untuk menghiburkan hati?
Adakah bertujuan untuk menghilangkan bosan?
Adakah bertujuan untuk mendapat kenalan?

Masih ragu-ragu..Masih tidak mampu untuk mengetahui tujuan sebenarnya..
Sampaikan...
Aku tidak tahu nak menceritakan apa...
Aku tengok serta usha-usha blog kenalan dan lain-lain..
Wah! semuanya mempunyai misi masing-masing..

Ada yang menceritakan kisah dari kecil sampai besar panjang..
Ada yang mendayu-dayu mengatakan cinta pada kekasih..

Ada yang merintih putus harapan dalam kehidupan..
Ada yang berpuitis sampai tidak ingat dunia..

Ada yang menegakkan kepercayaan masing-masing..

Ada yang melebarkan sayap perniagaan..
Ada yang menghubungkan kenalan..


Terlalu banyak!!
Terlalu Hebat!!

Hanya menari-nari di keyboard.. Semuanya akan dapat di lepaskan..
Aku da tahu perasaan apabila melepaskan kata-kata dari hati sendiri..

Peduli dengan segala motif orang lain..


Yang pasti..
Yang pasti..

Aku hanya mahu melepaskan apa yang ingin aku katakan..
Terlalu klise bunyinya.. Aku tidak pandai bercerita..Dengan sebab itu lah entri aku semuanya pendek-pendek belaka.


Sudah laah!!
Blah laah!!

Cukup lahh!!

Pirahhh!!

1 comment: