Friday, June 12, 2009

Nanti Aku pikir

Hey!!
Ingin menari-nari di atas keyboard tersayang aku di johor. Tapi, kali ini menari dengan lebih perlahan serta rentak yang kurang meyenangkan. Semuanya disebabkan kejadian petang semalam. Kejadian yang tidak ku sangka. Aku ingat kejayaan yang menjelma. Rupanya bala bertimpa-timpa hingga ke saat ini.

AH! Pedulikan apa yang telah terjadi. Hidup mesti di teruskan. Walaupun banyak rintangan dan dugaan yang akan aku tempuh untuk 6 bulan akan datang ini. AKu redha! Semuanya berpunca dari aku sendiri. Malas! Sambil Lewa! Ambil Mudah! Bongkak! Takbur! Nista! Dusta! Semua ada dalam hidup aku sebelum ini. Penah kawan menasihatiku..


" Jangan terlalu ambil mudah..Biarkan kita susah dahulu..senang kemudian"

Tersentak aku bila mengingatkan ayat-ayat itu..
Macam di tembak dengan senapang gajah tepat ke muka!
Sekarang! Aku kena terima segalanya.
Tidak boleh beralah..
Tidak boleh bersedih..
Tidak boleh menyalahkan sesiapa..
Semuanya Adalah dari AKU!!
Dari AKU sendiri!
Sudah lah.. Malas bercerita tentang diri sendiri.
yang tidak membawa sebarang erti sekarang ini..


Tahniah kepada semua kawan-kawan ku yang berjaya di medan peperangan..
Semuanya boleh melompat tinggi..
Tapi..Jangan la lupakan kawan yang hampir terjatuh kerana tersepak kaki sendiri.
Kita akan pergi meneruskan peperangan ini sekali lagi..
Harap!! Kita akan sama-sama meraikan kejayaan bersama..
Aku tidak mahu ketinggalan.
Aku tidak mahu jatuh lagi..
Aku tidak mahu terjelepuk sendirian..


*** lamunan terhenti..dan terus berhenti...henti..***





1 comment:

  1. Rilex rilex....
    kejayaan pasti milik kita....
    2 minggu bakal memberi impak..
    bisa menyinar sedikit gelap...
    usah gundah kerana sedikit luka akibat tersadung...
    bangun dan terus berlari...
    pasti kita temu di puncak...

    ReplyDelete