Thursday, June 4, 2009

Panas!

Lokasi : Shah Alam
Masa : Bulan April hingga sekarang


Pagi

Petang

Siang


Malam

Tengahari

Dinihari

Subuh



Berdasar perkara serta perkataan yang tertera di atas..Adalah di maklumkan bahawa..Shah Alam ialah daerah panas..Bukan panas kerana ada kes orang minyak..mahupun kes kebakaran rumah..Tetapi! cuaca yang begitu panas! Hujan yang turun pun tidak penuh satu baldi..Aku da lupa cara menyukat hujan..Dulu ada belajar rasanya..LUPA!!


Dalam waktu yang serba panas ni..Ada juga ajakan mengaibkan dari kawan-kawan..Mengajak pergi berenang di kolam yang terdekat! Tetapi..Dengan bangganya aku menolak mentah-mentah..Bukan aku tidak pandai berenang..hanya kurang mahir sahaja..Lagipun aku malu untuk bersemuka dengan kaum sejenis dengan berpakaian ala-ala baywatch! Apa tak nya. sudah la susuk badan ini tidak berapa cantik serta menarik. Kalau rupa badan aku ni macam sagi kalev!! Boleh jugak aku mengiakan ajakan kawan-kawan..Bangga sikit menayang apa yang ada..Tetapi! aku tiada semua itu!..


Masalah paling besar! tiba sahaja waktu malam! Shah Alam Bandar Anggerik ini masih membara!! Panas juga!! Adakah Dia sedang menguji umat-umatnya..Agar lebih bersyukur dengan segala dugaan ini. Sukar untuk melelapkan mata dengan keadaan panas mengila ini!


Tidur sambil berpeluh!
Tidur sambil basah tilam vonno!

Tidur sambil kipas berputar di tahap maksimum!

Tidur sambil berbuka segala!


Uwaaa..Cepatlah Masa berlalu.. Hendak pulang ke johor.. Di johor rasanya masih sejuk.. Pokok-pokok masih tumbuh menghijau.. Shah Alam kena tempias pemanasan global.. Aku mahu habiskan pengajian aku di sini seberapa segera!
Cepat!
Cepat!

Cepat!

Cepat la abiskan entri ini!! :)

1 comment:

  1. hak3 baru di uji sdkit, sudah mrungut byk2...
    l0m ag pns mtahari kat atas pala..huuh

    ReplyDelete